INFO : PEMBIAYAAN PENDIDIKAN – PERBADANAN TABUNG
PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
Adakah anda
sekarang masih belajar atau merancang untuk melanjutkan pengajian? Sekarang
anda tidak perlu lagi bimbang tentang pembayaran yuran pengajian dan
perbelanjaan hidup kerana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) sentiasa sedia membantu dan berupaya untuk memastikan masa depan
serta kejayaan anda terjamin.
Sejak penubuhan
PTPTN pada tahun 1997, PTPTN telah berjaya membantu ramai pelajar
melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat pengajian tinggi. Dengan bantuan
kewangan daripada kerajaan melalui PTPTN, segala masalah kewangan yang anda
mungkin hadapi boleh diselesaikan dengan mudah sekali. Apa yang anda perlu tahu
tentang PTPTN? Antaranya adalah :
Pada tahun
2011 sahaja, PTPTN telah membantu seramai 227, 209 mahasiswa dan mahasiswi
melanjutkan pelajaran mereka ke tahap Menara Gading.
Tahukah
anda, jika anda mendapat keputusan yang cemerlang dengan Ijazah Sarjana Muda
dengan kepujian Kelas Pertama, anda akan dikecualikan untuk membayar balik
pinjaman PTPTN? Ini bererti bahawa segala pembiayaan pendidikan
anda adalah PERCUMA!
Apabila
anda memohon pinjaman PTPTN, ia juga cukup untuk menampung sara hidup anda di
IPT. Bermakna, anda tidak perlu lagi bimbang tentang yuran pengajian bayaran
sewa dan sebagainya.
Sila
kunjungi laman web rasmi PTPTN di http://www.ptptn.gov.my/
untuk keterangan yang lebih lanjut.
PENDAFTARAN DI KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETICS BERMULA SEKARANG
Cybernetics International College of Technology
154-4-9, Kompleks Maluri, Jalan Jejaka, Taman Maluri 55100 KL.
03-92814881 / 03-92874881
Tiada ulasan:
Catat Ulasan