Nuffnag Ads

Rabu, 8 Ogos 2012

Peristiwa Luarbiasa Dalam dan Luar Negara


INFO : Cuaca luar biasa di Afrika Selatan iaitu salji turun dengan lebatnya melitupi sebahagian besar negara itu menyebabkan lalu lintas menjadi amat sesak hari ini, menghentikan kereta api dan menyebabkan beribu-ribu pemandu terkandas kerana lebuh raya turut ditutup.

Salji bukanlah perkara yang tidak pernah berlaku di Afrika Selatan tetapi ia tidak seteruk kali ini sehingga mencecah suhu 2 darjah celcius Penduduk di sana amat terkejut kerana kali terakhir berlaku salji ialah pada tahun 2006/2007 dimana ianya tidak seteruk kali ini.



INFO : Manila - Hujan lebat yang menyebabkan banjir hingga paras pinggang melumpuhkan ibu negara Filipina semalam selain memaksa 270,000 penduduk dipindahkan manakala pejabat kerajaan dan sekolah terpaksa ditutup.

Hujan lebat berikutan musim monsun menyebabkan empangan utama dan sungai di Manila melimpah membabitkan sembilan wilayah berhampiran dan memerlukan pihak berkuasa untuk berwaspada. Ketua agensi penyelamat kerajaan, Benito Ramos berkata tiada laporan segera mengenai kematian terbaru semalam selepas hujan lebat di Manila lebih 24 jam.



INFO : Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia terutama kawasan pesisir pantai berisiko ditenggelami air laut jika lapisan ais di Greenland cair sepenuhnya.

Pakar geologi, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, risiko itu timbul kerana kejadian ais cair di pulau berhampiran Kutub Utara tersebut jika berterusan boleh menyebabkan paras air laut termasuk Laut China Selatan dan Selat Melaka meningkat.

Imej satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat baru-baru ini menunjukkan hampir 97 peratus permukaan glasier di Greenland mula mencair.

Sebuah bongkah ais gergasi dua kali lebih besar daripada Manhattan, Amerika Syarikat atau hampir menyamai saiz Pulau Tioman di Malaysia turut pecah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan