Nuffnag Ads

Ahad, 14 Oktober 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2012


INFO : AIDILADHA

WARGA KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETICS INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 2012 KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA. 

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.





Selasa, 4 September 2012

TERIMA KASIH DR. IRFAN KHAIRI


INFO : SERING DIGELAR "JUTAWAN MUDA" & "JUTAWAN INTERNET" OLEH MEDIA MASSA, DR IRFAN KHAIRI MEMBERI PENDEKATAN YANG BERSAHAJA DAN ILMIAH KEPADA PESERTA BAHAWA KEJAYAAN YANG CEMERLANG BOLEH DICAPAI OLEH SESIAPA SAHAJA DENGAN TEKNIK DAN STRATEGI YANG BETUL.

PIHAK KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETICS BERSAMA PARA PELAJAR MENGUCAPKAN BERBANYAK RIBUAN TERIMA KASIH KERANA HADIR KE KOLEJ INI DAN MEMBERIKAN CERAMAH YANG BERMANFAAT KEPADA KAMI. SYABAS....


Isnin, 27 Ogos 2012

HARI MERDEKA

INFO : WARGA KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETICS DAN LIPUTANSANASINI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55 KEPADA SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA. 
MERDEKA!MERDEKA!!MERDEKA!!!

Rabu, 15 Ogos 2012

UCAPAN KHAS DARI KAMI


INFO : WARGA KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETICS DAN LIPUTANSANASINI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA. BERHATI HATI DI JALANRAYA, SELAMAT PERGI DAN SELAMAT PULANG.

Kura - kura berjalan lambat,
Anak kera melompat - lompat,
Kadraya nak hantar dah tak sempat,
Cara Website pun dah kira selamat ...

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Jumaat, 10 Ogos 2012

MALAM LAILATUL QADAR


INFO :'Lailatul Qadar (Bahasa Arab: لیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Ayat al-Qur'an yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.

Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

Rabu, 8 Ogos 2012

Peristiwa Luarbiasa Dalam dan Luar Negara


INFO : Cuaca luar biasa di Afrika Selatan iaitu salji turun dengan lebatnya melitupi sebahagian besar negara itu menyebabkan lalu lintas menjadi amat sesak hari ini, menghentikan kereta api dan menyebabkan beribu-ribu pemandu terkandas kerana lebuh raya turut ditutup.

Salji bukanlah perkara yang tidak pernah berlaku di Afrika Selatan tetapi ia tidak seteruk kali ini sehingga mencecah suhu 2 darjah celcius Penduduk di sana amat terkejut kerana kali terakhir berlaku salji ialah pada tahun 2006/2007 dimana ianya tidak seteruk kali ini.



INFO : Manila - Hujan lebat yang menyebabkan banjir hingga paras pinggang melumpuhkan ibu negara Filipina semalam selain memaksa 270,000 penduduk dipindahkan manakala pejabat kerajaan dan sekolah terpaksa ditutup.

Hujan lebat berikutan musim monsun menyebabkan empangan utama dan sungai di Manila melimpah membabitkan sembilan wilayah berhampiran dan memerlukan pihak berkuasa untuk berwaspada. Ketua agensi penyelamat kerajaan, Benito Ramos berkata tiada laporan segera mengenai kematian terbaru semalam selepas hujan lebat di Manila lebih 24 jam.



INFO : Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia terutama kawasan pesisir pantai berisiko ditenggelami air laut jika lapisan ais di Greenland cair sepenuhnya.

Pakar geologi, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, risiko itu timbul kerana kejadian ais cair di pulau berhampiran Kutub Utara tersebut jika berterusan boleh menyebabkan paras air laut termasuk Laut China Selatan dan Selat Melaka meningkat.

Imej satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat baru-baru ini menunjukkan hampir 97 peratus permukaan glasier di Greenland mula mencair.

Sebuah bongkah ais gergasi dua kali lebih besar daripada Manhattan, Amerika Syarikat atau hampir menyamai saiz Pulau Tioman di Malaysia turut pecah.

Ahad, 5 Ogos 2012

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL QURAN 2012


INFO : Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.